Biarlah Ikhlas

Isnin, 16 Disember 2013

Amalan kerja - peraturan iee elektrik



AMALAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
        Merangkumi perlaksanaan kerja-kerja elektrik yang merangkumi aspek undang-undang, peraturan dan standard seperti :
         1) Peraturan Pendawaian IEE
         2) Akta Bekalan Elektrik & Peraturan-Peraturan Elektrik
         
Peraturan IEE:-
        Peraturan Pendawaian IEE merangkumi :
         a)      Pengenalan Peraturan Elektrik
         b)     Perlindungan Arus Lebihan
         c)      Pemilihan Kabel
         d)     Pemilihan Peralatan, Pengasingan & Pensuisan
         e)      Pemeriksaan & Pengujian






Peraturan Pendawaian IEE 
(Pengenalan Peraturan Elektrik)



        IEE merupakan singkatan bagi Institution Of Electrical Engineers (Institut Kejuruteraan Elektrik)
        Peraturan IEE ini sentiasa mengalami beberapa perubahan bagi disesuaikan dengan kemajuan teknologi pembuatan/teknik.
        Bermula dari Edisi 1 (1882) sehingga Edisi 16 (1992)
        Peraturan IEE digabungkan dengan peraturan lain, antaranya
                   a) British Standard Code of Practise
                   b) Peraturan kejuruteraan di negara berkenaan.






Tujuan :
-        Untuk menjamin keselamatan kepada pemasangan dan kelengkapan elektrik.
-        Untuk memberi perhatian kepada keselamatan pengguna daripada bahaya kebakaran dan renjatan elektrik sama ada dalam atau luar bangunan.


        Aspek yang dititikberat dalam Peraturan IEE
                   a) Voltan bekalan.
                   b) Pemilihan bahan atau alat tambah yang sesuai
                   c) Rekabentuk litar
d) Semasa pembinaan seperti :
         i) Pemasangan tidak mewujudkan kesan sampingan
         ii) Mengadakan penyenggaraan pemasangan
         iii) Mengikut piawaian British/kod
         iv) Penyambungan kabel yang baik
         v) Pemasangan peralatan di tempat yang sesuai dan mudah dikendalikan.
         vi) Mengadakan ruang kerja yang mencukupi
e) Pemeriksaan dan pengujian  seperti :
        Memastikan pemasangan dan kelengkapan ini benar-benar baik dan sesuai digunakan.
        Mematuhi kehendak peraturan IEE dan penguasa tempatan.



Apakah tujuan perlindungan ?
         Perlindungan bertujuan untuk mengelakkan seseorang daripada sebarang perkara yang membahayakan yang mungkin wujud dan mengganggu pengguna elektrik.


Maksud perlindungan bagi suatu pepasangan elektrik terdiri daripada :
a)      Perlindungan daripada bahaya renjatan iaitu sentuhan secara terus(langsung) dan tidak langsung.
b)     Perlindungan daripada bahaya arus lebih.
c)      Perlindungan daripada arus litar pintas.
d)     Perlindungan secara penyampukan bekalan utama.
e)   Perlindungan daripada kesan terma.  
f)     Perlindungan daripada pengaruh luaran.
       
Bagaimana sentuhan langsung dilindungi ?
Sentuhan Secara Langsung :
a) Menebatkan kesemua bahagian hidup.
b) Menggunakan penutup atau sawar.
c) Perlindungan secara halangan.
d) Perlindungan secara meletakkan bahagian hidup jauh dari jangkauan/ capaian.
Bagaimana sentuhan tidak langsung dilindungi ?
Sentuhan Secara Tidak Langsung :
a)   Perlindungan dengan menggunakan pengikatan pembumian sama upaya dan pemotongan bekalan secara automatik.
b)    Perlindungan dengan menempatkan pengalir hidup pada tempat berpenebat.
c)    Perlindungan dengan menggunakan pengikat sama upaya tanpa bumi

Amalan Pembumian Suatu Pepasangan
         Alat perlindungan bocor ke bumi sangat bergantung kepada pengalir bumi dimana :
        Pengalir bumi- menyambungkan terminal utama bumi ke elektrod bumi.
        Pengalir perlindungan litar – Menyambungkan terminal bumi DB ke terminal bumi utama.
        Pengalir ikatan sama upaya utama – Menyambungkan bahagian logam ke terminal utama bumi.
        Pengalir ikatan sama upaya tambahan – Menyambung bhg. logam tambahan ke terminal utama bumi.
        Punca berlaku arus lebihan (Overload) :
         a)Arus beban lebih
                   i) Beban Lampau
                   ii) Arus Beban Permulaan
         b)Litar pintas.
         Arus Beban Lebih (Overload Current)
         Terbahagi kepada :
        Beban lampau
         Disebabkan oleh penambahan beban lebihan atau salah kira faktor kepelbagaian.
         Arus permulaan beban
        Arus Beban yang naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan seperti motor.
        Biasanya arus ini tidak merbahaya kerana ianya berlaku dalam tempoh yang singkat.
        
Litar Pintas(Short Circuit)
        Berlaku jika galangan antara pengalir hidup/fasa dan pengalir neutral menghampiri sifar.
        Ketika ini susut voltan tempat berlakunya litar pintas adalah sifar.
        Pada amnya litar pintas berlaku disebabkan oleh kerosakkan peralatan atau penebatan litar dan bukan disebabkan oleh pertambahan beban.

Peraturan IEE bagi arus beban lampau :
                 1. Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan   sebarang arus beban lampau yang mengalir dalam pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu tinggi pada penebat, sambungan atau pengalir.
                 2.Alat perlindungan arus beban lampau mestilah mempunyai ciri-ciri :
                 a) Arus nominal(arus maksimum yang boleh melalui kabel)  tidak kurang dari arus rekabentuk litar.
                 b) Arus nominal tidak melebihi kapasiti membawa arus yang terkecil bagi sebarang pengalir dalam litar.
Peraturan IEE bagi perlindungan arus litar pintas :
        Alat perlindungan mestilah mampu memutus sebarang arus litar pintas dalam setiap litar sebelum arus tersebut boleh mengakibatkan kesan kepanasan dan kerosakkan mekanikal ke atas pengalir.
        Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang dari arus litar pintas.
        Alat perlindungan untuk arus beban lampau yang mematuhi ciri-cirinya dan mempunyai kapsiti pemutusan tidak kurang dari arus litar pintas yang digunakan.
        Peranti/peralatan yang digunakan sebagai perlindungan arus lebihan :
         a) Fius
         b) Pemutus litar (Circuit Breaker)
       
Jenis fius
         1. Fius dawai, BS 3036
         2. Fius catridge, BS 1362
         3. Fius HRC (High Rupturing Capacity), BS 1361 dan
             BS 88
Kabel
        Media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat yang lain
        Bagi suatu pemasangan rekabentuk - pemilihan, penyokongan dan pendawaian sesuatu jenis kabel perlu diketahui dengan jelas.
        Setiap kabel mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh disalahgunakan.
Peraturan IEE bagi kabel :
        Kadaran voltan kabel mestilah  tidak kurang dari voltan bekalan.
        Kapasiti membawa arus mestilah tidak kurang dari arus maksimum yang mengalir dalam kabel.
        Susutan voltan  tidak melebihi 4% dari voltan bekalan
Setiap pengalir kabel yang disambung selari dari satu litar akhir mestilah sama jenis, luas keratan rentas, panjang & kedudukan pendawaian
Jenis Kabel
         1. Kabel berpenebat PVC
         2. Kabel penebat PVC bersalut PVC
         3. Kabel PVC berperisai
         4. Kabel Cross Link Polyethelene
        
Faktor pemilihan sesuatu kabel :
         a)      Jenis kabel
         b)     Kemampuan membawa arus
         c)      Kaedah pemasangan (jenis pendawaian)
         d)     Faktor kumpulan (Cg)
         e)      Suhu ambien (Ca)
         f)       Penebat haba (Ci
         g)      Susut voltan (Voltage drop) tidak lebih 4% voltan       bekalan        
         h)     Harga pasaran

Peralatan
         Peraturan mengkehendaki :
         Semua peralatan hendaklah dibina, dipasang dan dilindungi supaya mengelakkan bahaya”
Pertimbangan dalam peralatan yang hendak digunakan :
1)   Tujuan ia digunakan.
2)      Pengaruh luaran.
3)      Kesesuaian (compatibility).
4)      Senggaraan.
5)      Alat ganti.
6)      Mematuhi piawaian tempatan atau berkaitan.
Pengenalan & Notis
        Pengenalan alat hendaklah jelas dengan guna label yang sesuai, mudah dilihat & jelas
        Cth Notis – “BAHAYA – VOLTAN TINGGI”
       “ SUIS BOMBA”
                                      -“ON / OFF

Pengasingan Dan Pensuisan
        Dalam peraturan, mengkehandaki :
“Pengasingan dan pensuisan tidak automatik hendaklah disediakan untuk mengelakkan atau menghilang bahaya berkaitan dengan pemasangan, peralatan dan mesin elektrik
Jenis pengasing:
        Pengasing (Isolators/Disconnector)
        Suis pengasing(Isolating switch)
        Plug dan suis alur keluar
        Fius penyambung(Fuselink)
        Penyambung (link)
        Pemutus litar(bukan tujuan perlindungan)
Tujuan Pengujian & Pemeriksaan
        Bertujuan bagi memastikan pemasangan & peralatan yang digunakan memenuhi Peraturan IEE
        Pengujian dan Pemeriksaan mesti dilakukan bagi:
         a)      Setiap pendawaian baru
         b)     Pendawaian tambahan
         c)      Pendawaian yang diubah suai
         d)     Pemasangan elektrik yang sedia ada yang telah tamat       tempoh penggunaannya

Tujuan pemeriksaan penglihatan :
         a)      Untuk memastikan bahan dan alat yang dipasang      mengikut piawaian British (BS) atau kelulusan SIRIM
         b)     Untuk memastikan pemasangan mematuhi peraturan       IEE, TNB dan JKR.
         c)      Untuk memastikan kerosakkan yang nyata (boleh      dilihat) ke atas pemasangan atau kelengkapan
Jenis Ujian yang dicadangkan oleh IEE untuk sesebuah pemasangan :
        Ujian keterusan pengalir pelindung.
        Ujian keterusan litar gelang.
        Ujian rintangan penebatan.
        Ujian penebatan lantai atau dinding.
        Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.
        Ujian kekutuban.
        Ujian galangan litar rosak ke bumi.
        Ujian rintangan elektrod bumi.
Ujian kendalian peranti bocor ke bumi